Kod Nama Android 11 Adalah Red Velvet Cake

Kod Nama Android 11 Adalah Red Velvet Cake

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Walaupun nama Android bermula Android 10 tidak lagi menggunakan nama pencuci mulut, tetapi dari bahagian pasukan pembangun – nama pencuci mulut masih digunakan sebagai kod nama untuk versi-versi Android lain. Penggunaan nombor juga dipilih kerana lebih mudah dan adil, kerana ada negara yang tidak ada atau tidak tahu akan kewujudan sesetengah pencuci mulut yang Google namakan.

Terkini untuk Android 11, atau Android R – David Burke selaku naid presiden kejuruteraan Android telah mendedahkan kod nama Android versi ini adalah Red Velvet Cake atau gelaran ringkas RVC. Walau bagaimanapun, penggunaan nama kek yang enak ini terhad dalam pasukan beliau sahaja dan bukannya untuk awam. Nama rasmi Android untuk orang awam akan dikekalkan dengan nombor, yang mana kelak adalah Android 11.



TIPS & ULASAN