Kamera Utama LG V60 ThinQ 5G Sekadar Merangkul 100 Mata Dalam Ujian DxOMark
LG

Kamera Utama LG V60 ThinQ 5G Sekadar Merangkul 100 Mata Dalam Ujian DxOMark

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Angka megapixel bukanlah segalanya, ini reaksi pertama penulis selepas membaca laporan yang dikeluarkan oleh DxOMark berkaitan kamera utama pada LG V60 ThinQ 5G. Kita sedia tahu, peranti ini merupakan antara peranti yang disertakan dengan sokongan kamera 64-Megapixel.

Akan tetapi, ia dilihat sekadar berjaya meraih sebanyak 100 mata dalam ujian DxOMark. Kedudukan ini meletakkannya setanding dengan Samsung Galaxy S9+ dan berada di belakang iPhone SE (2020), iPhone XR serta Google Pixel 3a dengan perbezaan satu mata dalam carta DxoMark.

Melalui markah  terkumpul, LG V60 ThinQ 5G dilihat mencatatkan 103 mata untuk kemampuan fotografi dan 93 mata pula untuk kemampuan videografi.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera memiliki julat dinamik yang luas dengan warna memuaskan dalam pencahayaan cukup. Selain itu, ia juga memberikan perincian yang baik pada situasi terang dan kualiti imej lebih baik dengan sokongan LED Flash. Seterusnya, kritikan pula diberikan pada masalah hingar yang ketara dalam semua situasi, perincian kurang memuaskan pada tangkapan jarak dan tekstur pada wajah nampak kurang memuaskan pada mod bokeh.



TIPS & ULASAN