Amazon Alexa Kelak Boleh Membuka Aplikasi Dengan Arahan Suara – TikTok Antara Yang Terawal

Amazon Alexa Kelak Boleh Membuka Aplikasi Dengan Arahan Suara – TikTok Antara Yang Terawal

Diterbitkan pada July 24, 2020 oleh .

Amazon dilihat sedang berusaha menjadikan Alexa sebagai pesaing sengit kepada Google Assistant dan Siri. Sehingga hari ini, Alexa masih mempunyai kemampuan yang terhad dan suara masih seakan robot. Salah satu kelemahan Alexa adalah tidak boleh membuka aplikasi dengan arahan suara seperti pesaing. Tetapi, perkara ini akan berubah kerana Amazon telah memperkenalkan Alexa for Apps.

Melalui Alexa for Apps, pembangun boleh mengintegrasikan aplikasi mereka ke dalam Alexa dengan kemampuan yang lebih kompleks. Ia bukan sahaja boleh membuka aplikasi, tetapi turut boleh melakukan beberapa aksi untuk menggunakan aplikasi yang berkenaan. Contohnya membuka Instgram dan mengarahkan Alexa mencari sesuatu berdasarkan tanda tagar. Sasaran Amazon adalah untuk menjadi pesaing sengit kepada Google dan Apple. Sala satu aplikasi terawal yang menyokong Alexa dengan arahan kompleks adalah TikTok.

Bersama-sama dengan Alexa for Apps, Amazon turut menguji agar pengguna boleh berbual atau memberi arahan kepada Alexa dengan nada yang lebih natural dan tidak seakan memberi arahan kepada robot.



TIPS & ULASAN