Selepas menjadi isu besar semalam, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa lesen FINAS tidak diperlukan untuk menggunakan aplikasi media sosial di Malaysia.
Kenyataan Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kerajaan Malaysia mendokong kebebasan media dan media sosial; Akta FINAS akan dipinda.
24 Julai 2020#KKMM #KomunikasiKita #KitaTeguhKitaMenang pic.twitter.com/cs6YXFT5Q0
— KKMM (@kkmm_gov) July 24, 2020
Pengguna bebas menghasilkan dan juga memuat naik kandungan ke platform seperti YouTube serta TikTok tanpa perlu risau mereka didakwa oleh pihak FINAS. Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial. Turut disahkan ialah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) akan dipinda mengikut kesesuaian semasa.
Akta 244 menimbulkan kerisauan pengguna media sosial semalam kerana ia mentakrifkan filem ialah semua bentuk penghasilan imej bergerak yang dirakam untuk tontonan umum perlu mendapat lesen dari pihak FINAS terlebih dahulu. Dengan pengumuman hari ini tiada lagi kerisauan di kalangan pengkarya yang tidak mampu memohon yuran lesen yang tinggi.