Cari @ Amanz

Oppo Reno4 adalah siri terbaru peranti kelas pertengahan Oppo. Melalui siri ini, terdapat dua model iaitu Oppo Reno4 dan Oppo Reno4 Pro. Oppo Malaysia sudah pun mengacah kehadiran peranti ini tidak lama lagi dan kali ini Oppo Malaysia telah sahkan tarikh rasmi pelancaran siri Reno4 ini. Ia akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Ogos ini melalui siaran langsung TV3.

Oppo Reno4 dan Oppo Reno4 Pro di China menggunakan cip pemproses Snapdragon 765G, tetapi kami difahamkan di Malaysia akan menggunakan cip pemproses yang berbeza dan memandangkan SIRIM telah senaraikan dua peranti ini dan tiada sebarang indikasi kewujudan 5G – ia mengesahkan penggunaan cip pemproses berbeza dengan pasaran China. Siri Oppo Reno4 kali ini akan menjanjikan peranti yang premium seakan peranti mercu pada sebuah peranti kelas pertengahan dan juga kemampuan fotografi yang baik.

Bagi peminat Oppo, terdapat hadiah misteri bernilai RM229 ditawarkan, pelbagai diskaun, 120GB storan awan Oppo Cloud dan banyak lagi bagi yang membeli Oppo Reno4 Pro. Untuk butiran lanjut, sama-sama kita nantikan 3 Ogos ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd