Carian
Vivo Y51s 5G Dilancarkan Dengan Sokongan Cip Exynos 880 Dan Rangkaian 5G
July 24, 2020 Amy Maizuraa

Ketika ini, kita dapat lihat pelbagai peranti dengan sokongan rangkaian 5G mula membanjiri pasaran peranti pintar. Tidak semata terhad pada harga yang mahal, sebaliknya kita juga boleh memiliki peranti dengan sokongan sebegini pada harga mampu milik.

Vivo juga dilihat memperluaskan lagi penawaran peranti di bawah segmen ini dengan memperkenalkan Vivo Y51s di China, hari ini. Peranti ini membawakan skrin berukuran 6.53-inci LCD FHD+ dengan rekaan paparan berlubang untuk kamera hadapan sebesar 8-Megapixel (f/2.05).

Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi pemproses Exynos 880, memori 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan 128GB (UFS2.1). Melengkapi peranti, bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W menerusi port MikroUSB dan tersedia dalam tiga kemasan warna seperti hitam, putih serta biru.

Ia juga disertakan tiga lensa utama 48-Megapixel (f/1.79) (utama) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro). Kamera utama ini menyokong keupayaan sehingga 10X Zoom digital dan rakaman video tertinggi 4K. Vivo Y51s 5G ditawarkan pada harga RMB1798 (~RM1092).

Komen