Carian
HBO Max Menerima 4.1 Juta Pelanggan Berbayar Dalam Tempoh 1 Bulan
July 24, 2020 Fahim Zahar

27 Mei lepas, AT&T telah melancarkan HBO Max –  iaitu platform penstriman video HBO yang mempunyai kandungan Warner Media. Platform ini dilancarkan bagi bersaing dengan Disney+, Netflix, Apple TV+, Hulu dan banyak lagi. Walaupun platform ini terhad di beberapa platform dan negara-negara terpilih sahaja, ia masih menerima sambutan yang menarik kerana harga langganan yang agak berbaloi untuk kandungan eksklusif dan yang asli.

Terkini, HBO Max dilaporkan telah mempunyai 4.1 juta pelanggan berbayar dalam tempoh sebulan selepas ia dilancarkan. Menurut laporan ini, pengguna menghabiskan 70% lebih masa pada HBO Max berbanding HBO Now sebelum ini. Ini kerana adalah kewujudan kandungan asli, yang mana enam daripadanya berada antara 25 terbaik. Walau bagaimanapun, jumlah 4.1 juta ini adalah dari 26.5 juta pengguna yang ditawarkan untuk langgan/aktif akaun HBO Max – bukannya pelanggan baru.

Jumlah pengguna ini hanya membuktikan yang masih ramai lagi pengguna HBO tidak mencuba HBO Max. Kelak, pada bulan Ogos akan ada 21 lagi kandungan asli yang mana mungkin akan menaikkan lagi jumlah pengguna HBO Max.

Komen