Carian
OnePlus Tidak Sengaja Mendedahkan Ratusan Emel Pengguna
July 24, 2020 Fahim Zahar

OnePlus adalah syarikat dari China yang kini popular di peringkat global melalui produk telefon pintar mereka. Tetapi seperti banyak syarikat teknologi lain, pasti akan ada sahaja isu sekuriti dan pencerobohan privasi seperti data pengguna yang tertiris atau kes godam. OnePlus tidak asing lagi dengan isu seperti ini, dua tahun lepas data kad kredit pengguna di curi, data pengguna diakses pihak ketiga, dan baru-baru ini isu sekuriti yang telah mendedahkan data pengguna kepada pihak luar.

Terkini, sekali lagi OnePlus mendedahkan data pengguna. Kali ini adalah beberapa ratus emel pengguna yang dikatakan tidak sengaja didedahkan. Alasannya dilihat dikatakan pihak yang bertanggungjawab tidak membuat BCC emel dan menghantar emel secara pukal ke ramai pengguna. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan semua orang yang menerima emel ini dapat melihat emel-emel pengguna lain. Emel ini dikatakan adalah berkaitan pemantauan rekaan antaramuka untuk Oxygen OS. Besar kemungkinan sekali ini adalah kesalahan yang tidak disengajakan, yang mana kes sebelum ini adalah lagi dahsyat.

Komen