Carian
Huawei Talkband B6 Tertiris Dengan Cip Kirin A1
July 24, 2020 Amy Maizuraa

Mungkin ramai yang tidak perasan, Huawei juga sebenarnya terkenal dengan penawaran gelang pintar. Terkini, Huawei dikhabarkan dalam perancangan untuk muncul dengan gelang pintar terbaru lagi selepas, tertirisnya sebuah video ringkas yang memperlihatkan Huawei Talkband B6.

Dari video tersebut, rekaan paparannya dilihat memanjang dengan tali jam yang diperbuat daripada bahan berasaskan kulit. Sejumlah fungsi peranti turut diperlihatkan menerusi video tersebut. Ia dilihat hadir dengan sokongan skrin sesentuh, selain dilihat turut memfokuskan untuk kegunaan bersukan. Huawei Talkband B6 menggunakan skrin bersaiz 1.53-inci dengan paparan berwarna.

Sama seperti sejumlah gelang pintar yang lain, Huawei Talkband B6 juga dilihat boleh disambungkan dengan peranti pintar bagi membolehkan ia digunakan untuk kawalan panggilan masuk, kamera dan muzik. Ia turut dipercayai hadir dengan cip Kirin A1. Buat masa ini, belum diketahui bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi.

Komen