Cari @ Amanz

Samsung Gear 360 merupakan sebuah kamera kompak yang berkemampaun merakamkan gambar dan video pada 360-darjah. Menggunakannya, anda boleh merakamkan keseluruhan persekitaran – dan boleh digunakan bersama Gear VR untuk menikmati kandungan berkenaan dalam bentuk realiti-maya.

Apa pun, dengan ketiadaan Gear VR baru, dan pengurangan fokus terhadap arena realiti-maya, kini Samsung turut mengumumkan akan berhenti menawarkan sokongan kemaskini untuk aplikasi Gear 360.

Melalui halaman aplikasi berkenaan, Samsung mengatakan tidak akan menawarkan kemaskini dan sokongan untuk telefon baru bagi aplikasi Gear 360 bermula 1 Ogos 2020 kelak.

Apa pun, untuk pengguna sedia ada, anda masih boleh menggunakan aplikasi dan juga Gear 360 berkenaan seperti biasa. Perubahan ini adalah hanya untuk aplikasi Gear 360 untuk Android sahaja, sementara versi Windows masih disokong sehingga 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd