Cari @ Amanz

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan kedua yang dilancarkan oleh OnePlus, selepas OnePlus X. Menurut Carl Pei, OnePlus Nord adalah untuk mereka yang inginkan peranti kelas pertengahan yang mempunyai pengalaman penggunaan seperti sebuah peranti mercu. Peranti ini turut mempunyai sokongan rangkaian 5G, kamera swafoto dwi-lensa dan kamera utama kuad-lensa. OnePlus Nord telah pun dilancarkan secara global dan semua peminat termasuk di Malaysia hanya sedang nantikan tarikh jualannya sahaja.

Peranti yang dijana Snapdragon 765G ini dilihat akan mula dijual di Malaysia bermula bulan Ogos. Informasi ini adalah melalui gambar yang mereka terbitkan di Instagram dalam bahasa kod Morse. Walau bagaimanapun, tarikh jualan peranti ini masih tidak diketahui lagi. Di samping itu, laman edagang Shopee rasmi mereka OnePlus Official Store – terdapat OnePlus Mystery Box yang disenaraikan untuk dijual pada harga RM99 bermula 4 Ogos. Melalui butiran yang disediakan, hanya terdapat 450 unit sahaja dan setiap pembeli akan menerima barangan yang berbeza.

Daripada 450 unit, 2 kotak mengandungi OnePlus Nord. 10 kotak mengandungi OnePlus Buds, 15 kotak jaket OnePlus Nord Tyvek dan baki 423 kotak akan mengandungi barangan eksklusif OnePlud Nord seperti pelekat, botol air, baju dan beg. Bukan itu sahaja, untuk setiap pembelian, OnePlus turut menawarkan baucar RM99 diskaun yang boleh digunakan di laman Shopee Mall mereka. Ini secara tidak langsung mencadangkan yang tarikh jualan OnePlus Nord dan OnePlus Buds adalah dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd