Carian
Kod Pada MacOS Big Sur Memperlihatkan Sokongan Face ID Pada Mac Mungkin Akan Diperkenalkan
July 25, 2020 Aman

MacOS Big Sur merupakan sistem operasi Mac yang akan datang, bakal digunakan pada pelbagai komputer berasaskan MacOS diseluruh dunia. Terbaru, melalui kod yang ditemui pada MacOS 11 Big Sur, ia didapati terdapat beberapa kod yang memperlihatkan sokongan untuk kamera TrueDepth 3D – sekaligus menandakan ciri Face ID mungkin hadir pada komputer Mac.

Kod yang digunakan diperkatakan menyerupai beberapa kod pada iOS sebelum ciri Face ID hadir pada iPhone.

Apa pun, penyertaan kod pada MacOS mungkin juga dilihat sebagai ujian awal, dan ia mungkin mengambil masa yang lebih lama sebelum ciri berkenaan hadir ke komputer Mac.

Dengan sejumlah komputer Windows yang menyertakan ciri log masuk berasaskan wajah, semestinya Apple tidak ingin ketinggalan dan memperkenalkan ciri mereka tersendiri.

Mungkinkah kita akan melihat sokongan Face ID pada komputer Mac yang menjalankan Apple Silicon kelak?

Komen