Google Dikatakan Melihat Data Android Untuk Mengkaji Aplikasi Mereka Berbanding Pesaing

Google Dikatakan Melihat Data Android Untuk Mengkaji Aplikasi Mereka Berbanding Pesaing

Diterbitkan pada July 25, 2020 oleh .

Sejak beberapa tahun ini, Google sedia mengumpulkan data daripada telefon Android seluruh dunia, dalam usaha menambah-baik pengalaman penggunaan sistem operasi mudah-alih berkenaan. Terbaru, melalui laporan The Information, ia didapati Google bukan sahaja mengumpulkan data berkenaan untuk sistem operasi Android, tetapi turut menggunakannya dalam mengetahui bagaimana pengguna menggunakan aplikasi pesaing, selain turut menambah-baik produk dan penawaran aplikasi mereka tersendiri berbanding pesaing.

Dinamakan sebagai “Android Lockbox”, ia mengumpulkan pelbagai data melalui Google Mobile Services, dan menghimpunkan data seperti berapa lama pengguna menggunakan sesuatu aplikasi dan sebagainya.

Google Pantau

Melalui laporan terbaru, ia dikatakan Google turut telah melihat kepada data berkenaan untuk hadir dengan beberapa keputusan, termasuk baru-baru ini dalam memperkenalkan pesaing kepada TikTok.

Seperti ramai sedia maklum, Google sedia memaklumkan mereka menghimpunkan data berkenaan dalam menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Namun, daripada laporan ini, ia dilihat Google turut menggunakan data berkenaan untuk kajian pesaing.

Selain Google, sebelum ini Facebook turut diperkatakan memantau kaedah penggunaan pengguna melalui beberapa perkhidmatan mereka.



TIPS & ULASAN