Carian
Aplikasi Instagram Dilihat Mengakses Kamera Tanpa Kebenaran Ketika Menggunakan iOS14
July 27, 2020 Aman

Melalui iOS14, Apple telah menambah ciri untuk memmberitahu pengguna apabila sesuatu aplikasi mengakses kandungan clipboard, atau apabila sesuatu aplikasi mengakses mikrofon atau kamera.

Sejak integrasi ciri ini, sejumlah aplikasi didapati mengakses kamera dan mikrofon walaupun tidak digunakan pengguna.

Terbaru, Instagram didapati mmengakses kamera walaupun sekadar menggunakan garis masa perkongsian sahaja.

Menurut pihak Instagram, ia adalah pepijat pada aplikasi, dan mmereka sedang membaikinya sebelum memperkenalkan kemaskini baru aplikasi berkenaan.

Selain Instagram, sebelum ini antara aplikasi yang turut dilihat mengakses clipboard atau kamera tanpa diperlukan adalah termasuk TikTok dan juga LinkedIn.

Komen