Cari @ Amanz

Huawei kini berkongsi statistik terbaru mereka, mengatakan pada peringkat global, Huawei mempunyai lebih 700 juta pengguna peranti Huawei.

Dengan angka yang tinggi untuk pengguna peranti mudah-alih mereka, kini Huawei turut telah mula menekankan penawaran Huawei Mobile Services, selain kedai aplikasi tersendiri dinamakan Huawei AppGallery – sekaligus mempopularkan ekosistem mereka tersendiri.

Huawei mengatakan kini terdapat lebih 81,000 aplikasi yang sedia mengintegrasikan sokongan HMS Core, sementara angka pembangun pula telah mencapai 1.6 juta orang pembangun berdaftar.

Huawei pada tahun ini boleh dikatakan agak perlahan dalam hadir dengan penawaran telefon pintar baru, dan lebih memfokuskan kepada pembangunan HMS Core. Namun, mereka masih hadir dengan beberapa inovasi menarik, termasuk Huawei P40 Pro dengan sokongan kamera yang sangat baik. Dengan perang dagangan bersama pihak Amerika Syarikat, ia boleh dikatakan agak mencabar untuk Huawei dalam terus menarik pengguna baru pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd