Theia Menggantikan Anjing Pemandu Untuk OKU Penglihatan

Theia Menggantikan Anjing Pemandu Untuk OKU Penglihatan

Diterbitkan pada July 27, 2020 oleh .

Antara isu sensitif yang kerap muncul di Malaysia ialah penggunaan anjing pemandu untuk golongan OKU penglihatan di pusat membeli belah dan pengangkutan awam. Majoriti pengangkutan awam dan pusat membeli belah negara tidak membenarkan penggunaan anjing pemandu bagi menjaga sensitiviti golongan tertentu. Masalah ini mungkin dapat diselesaikan dengan peranti Theia.

Theia dibangunkan oleh Anthony Camu, seorang pelajar tahun akhir dari Loughborough University. Walaupun di UK tiada isu penggunaan anjing pemandu di tempat awam, terdapat masalah OKU penglihatan yang tidak mempunyai rumah yang besar untuk membela anjing, mempunyai alahan dengan haiwan ini dan kos membela anjing pemandu yang tinggi. Oleh itu Theia ialah anjing digital yang mampu melakukan kesemua fungsi anjing pemandu sebenar.

Pengguna boleh memberikan arahan suara untuk ke destinasi dan sistem seakan GPS kenderaan akan mencari jalan terpantas. Menerusi kombinasi giroskop, tindak balas haptik dan pembesar suara, pengguna akan dapat merasakan seperti ditarik oleh anjing ke arah yang betul serta saranan kelajuan berjalan.

Untuk “melihat” dunia pula, kombinasi kamera dan LIDAR digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna. Selain itu sekiranya ditambat kepada telefon pintar, Theia boleh memberikan maklumat mengenai kesesakan jalan raya (untuk melintas) dan situasi di destinasi. Pada waktu ini Theia hanya sekadar prototaip dengan usaha untuk membangunkan produk sebenar menerusi lama biayasama.



Paling Popular