Cari @ Amanz

Dengan rangkaian 5G pelbagai perkara dapat dilakukan dengan lebih pantas dengan sela masa yang rendah. Antara negara terawal melancarkan rangkaian 5G ialah China. Menurut laporan terkini Counterpoint, pada suku kedua 2020 setiap satu dari tiga telefon pintar yang dijual kini menyokong rangkaian 5G.

Huawei mendominasi pasaran peranti 5G dengan pegangan 60%. Pada waktu yang sama Huawei kini memegang 46% pasaran telefon pintar di China yang juga merupakan pegangan pasaran terbesar pernah mereka catatkan. Ini diikuti oleh Vivo (16%), Oppo (15%), Apple (9%) dan Xiaomi (9%). Sungguhpun begitu jualan telefon pintar di China menjunam 17% pada suku kedua 2020 kerana penangan Covid-19.

Tetapi tidak semua berita adalah buruk. Apple menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 32% berbanding suku yang sama 2019 manakala Huawei pula meningkat 14%. Xiaomi paling teruk terkesan dengan penurunan  -35% diikuti oleh Oppo (-31%) dan Vivo (-29%).

Di Malaysia Huawei menjadi pengeluar pertama melancarkan peranti 5G kelas pertengahan menerusi Nova 7 SE dan Nova 7 5G. Strategi mereka untuk memasarkan peranti kelas pertengahan 5G pada harga mampu milik jelas menunjukkan impak positif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd