Cari @ Amanz

Lenovo boleh dikatakan telah melancarkan banyak komputer riba kebelakangan ini, khususnya yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen generasi terbaru.

Terkini, Lenovo Malaysia memperkenalkan komputer riba terbaru mereka yang dinamakan Lenovo IdeaPad Flex 5, dan seperti yang tertulis di nama model, ia dikuasakan oleh APU AMD Ryzen 4000.

Siri komputer riba IdeaPad Flex ialah komputer riba boleh-lipat yang hampir sama seperti siri Lenovo Yoga. IdeaPad Flex 5 ini dikuasakan oleh pilihan APU AMD Ryzen 3 4300U, AMD Ryzen 5 4500U ataupun AMD Ryzen 7 4700U. Ia juga hadir dengan pilihan memori DDR4 sehingga 16GB dan juga storan SSD sebesar 1TB.

Komputer riba IdeaPad Flex 5 ini juga tiba dengan paparan boleh sentuh bersaiz 14 inci dengan resolusi Full HD yang menyokong penggunaan stylus Lenovo Digital Stylus.

Lenovo Malaysia mengatakan bahawa untuk konfigurasi AMD Ryzen 3 4300U dan Ryzen 5 4500U, komputer riba Lenovo IdeaPad Flex 5 ini boleh dibeli melalui pengedar sah komputer riba Lenovo Malaysia pada harga bermula RM2399, manakala konfigurasi AMD Ryzen 7 4700U boleh dibeli melalui kedai atas talian Lenovo Malaysia pada harga bermula RM3751.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd