Cari @ Amanz

OnePlus One adalah peranti pertama dari OnePlus dan ketika itu, ia adalah sebuah pembunuh peranti mercu kerana menjual peranti pada harga mampu milik dengan spesifikasi yang setaraf dengan peranti mercu pesaing. Peranti yang dilancarkan pada tahun 2014 ini sudah pun berusia 6 tahun pada tahun ini dan percaya atau tidak saya masih ada kenalan yang setia menggunakan peranti ini dan masih ada kedai yang sedia menyediakan alat ganti bagi OnePlus One.

Terkini, OnePlus One dilihat akan boleh terus hidup dan tahan lebih lama. Ini kerana di Github LineageOS 17.1, bacon selaku kod nama OnePlus One telah disenaraikan. Ini bermakna custom ROM Android 10 yang stabil bagi OnePlus One akan sedia dimat turun tidak lama lagi. Ya, peranti ini sudah tidak efisien kerana cip pemproses Snapdragon 801 yang dibina berasaskan 32-bit. Tetapi ia masih cukup baik untuk penggunaan harian seperti untuk anak-anak kecil atau orang-orang tua yang ingin menggunakan peranti secara bersahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd