ASUS Malaysia Melancarkan Siri Komputer Riba Gaming Zephyrus S17, S15 Dan M15 Untuk Pasaran Tempatan

ASUS Malaysia Melancarkan Siri Komputer Riba Gaming Zephyrus S17, S15 Dan M15 Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada July 27, 2020 oleh .

Pada pertengahan tahun ini, ASUS telah memperkenalkan beberapa siri komputer riba gaming ASUS ROG yang dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi kesepuluh dan juga cip pemprosesan grafik NVIDIA yang terbaru.

Bermula dengan siri ROG Zephyrus, ASUS Malaysia akan membawa masuk tiga model komputer riba, termasuklah ASUS ROG Zephyrus S17, ASUS ROG Zephyrus S15 dan ASUS ROG Zephyrus M15.

ASUS ROG Zephyrus S17 dan ROG Zephyrus S15 adalah dua daripada model ROG Zephyrus yang paling berkuasa. Kedua-dua komputer riba ini dilengkapi dengan paparan IPS 17.3 inci dan 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan kadar segar semula 300FPS.

Kedua-dua komputer riba ini juga dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-108754H, memori DDR4 sebanyak 32GB dan storan SSD PCIe sebanyak 1TB.

Dari segi cip grafik, ROG Zephyrus S17 mempunyai pilihan cip grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super Max-Q dan GeForce RTX 2070 Max-Q, manakala ROG Zephyrus S15 dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 2080 Super Max-Q.

Untuk ROG Zephyrus M15 pula, komputer riba ini dilengkapi paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 240Hz.

Ia dikuasakan CPU Intel Core i7-10750H dan memori DDR4 sebanyak 16GB bersama-sama dengan storan SSD PCIe sebanyak 1TB. Dari segi grafik pula, komputer riba ini dimuatkan dengan sebuah cip grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti.

Ketiga-tiga komputer riba ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan boleh dibeli melalui pengedar-pengedar ASUS Malaysia yang sah. Tanda harga untuk ketiga-tiga model ini adalah seperti berikut:



Paling Popular