Cari @ Amanz

Qualcomm Mengumumkan Quick Charge 5 Dengan Pengecasan Pantas Melangkaui 100W

Oleh Aman

Link Copied!

Qualcomm hari ini telah mengumumkan sokongan teknologi generasi baru untuk pengecasan pantas, atau dijenamakan Qualcomm sebagai Quick Charge. Terbaru, generasi kelima untuk Quick Charge ini menawarkan sokongan pengecasan pantas yang lebih laju, membolehkan peranti dicas sehingga 50% dalam masa 5 minit, pada bateri berkapasiti 4500mAh.

Quick Charge 5 ini dikatakan 70% lebih pantas berbanding Quick Charge 4 sebelum ini, dan dikatakan mampu menyokong pengecasan lebih pantas daripada 100W.

Dengan pengecasan pantas, semestinya ramai bertanyakan mengenai keselamatannya. Bercakap mengenainya, Qualcomm mengatakan mereka menggunakan pemisahan 12 voltan berbeza, selain turut menyertakan perlindungan dari kepanasan ketika pengecasan.

Quick Charge 5 menggunakan kepala pengecasan berasaskan USB-C, dan kabel ini boleh digunakan bersama pengecasan Quick Charge yang lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah peranti pertama yang akan menyertakan sokongan pengecasan Quick Charge 5 ini.


Komen ()