Carian
Samsung Mengacah Dan Memberikan Petanda Peranti Yang Bakal Diperkenalkan Bersama Galaxy Note 20
July 28, 2020 Aman

Samsung hari ini telah hadir dengan video acah terbaru, memperlihatkan secara kasar, dan memberikan petanda berkaitan produk yang bakal dilancarkan mereka pada acara Unpacked bulan Ogos 2020 ini.

Samsung Unpacked

Samsung sedia menjanjikan pengenalan lima peranti baru, dan melalui video acah ini, mereka memperlihatkan bakal memperkenalkan kemaskini untuk Galaxy Note, Galaxy Fold, Galaxy Tab, Galaxy Buds Live dan juga Galaxy Watch 3.

Beberapa daripadanya telah pun tertiris sebelum ini, dan kini Samsung mengesahkan pengenalannya melalui video acah rasmi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 5 Ogos 2020 ini untuk melihat sendiri apakah yang bakal ditawarkan oleh Samsung melalui siri Galaxy baru ini.

Komen