Telekom Malaysia Meningkatkan Pegangan Pada Webe

Telekom Malaysia Meningkatkan Pegangan Pada Webe

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Pada 2014 yang lepas, Telekom Malaysia telah melabur pada Packet One Networks (P1) untuk medapatkan pegangan sebanyak 57%, dan seterusnya meningkatkan pegangan berkenaan kepada 72.9% pada tahun 2016. Sejak daripada itu, beberapa perubahan telah dilakukan, dan Webe telah lahir daripadanya.

Terbaru, Telekom Malaysia meningkatkan lagi pegangan pada Webe, dan kini melalui anak syarikat TM, mereka mempunyai pegangan sebanyak 91.8% pada Webe, sementara SK Telecom memegang 8.2%.

Dengan peningkatkan ini, TM dijangka akan dapat lebih mengintegrasikan penawaran, sekaligus membolehkan Telekom Malaysia menawarkan akses jalur-lebar berkelajuan tinggi yang diintegrasikan bersama-sama produk mereka yang lain – terutamanya untuk kawasan luar bandar.



TIPS & ULASAN