Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Watch 3 Turut Tertiris

Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Watch 3 Turut Tertiris

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Debaran kian dirasai. Acara tahunan Samsung Galaxy Unpacked 2020 akan berlangsung tidak lama lagi dan seperti biasa, kini beberapa gambar dan maklumat telah pun tertiris, kita dapat lihat pelbagai ketirisan berkaitan produk yang bakal dilancarkan membanjiri media sosial.

Pagi ini serentak dengan tertirisnya spesifikasi Galaxy Tab S7 dan S7+, spesifikasi untuk jam tangan Galaxy Watch 3 turut menyusul. Seperti kami laporkan sebelum ini dua model akan ditawarkan iaitu 41mm dan 45mm.Perbezaan terletak pada saiz skrin 1.2″ dan 1.4″ masing-masing dari keluarga SAMOLED dengan resolusi 360×360 pixel.

Sedikit mengecewakan cip Exynos 9110 dikitar semula dan dipadankan pula dengan 1GB RAM dan storan 8GB, Ini ialah cip yang sama seperti yang digunakan pada Galaxy Watch Active2 dan Gear Sport sebelum ini.

Peranti akan dilengkapi GPS, barometer, accelerometer, pengimbas nadi dan ECG. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kedua-duanya juga kembali menggunakan bezel berputar untuk navigasi, dan kemampuan kali air IP68. Sistem operasinya pula ialah Tizen OD 5.5. Antara perkara menarik yang diperkenalkan ialah sokongan kawalan gestur.

Samsung menjadualkan tarikh 5 Ogos untuk pengenalan produk-produk baru daripada mereka, di mana selain jam tangan pintar, Samsung turut dijangka memperkenalkan telefon pintar, tablet, dan fon telinga.



Paling Popular