Cari @ Amanz

OnePlus Nord adalah peranti kelas pertengahan kedua dari OnePlus selepas bertahun tidak hadir dengan peranti ini selepas OnePlus X. Ia dijana dengan Snapdragon 765G, kamera 48MP, pengecasan pantas 30W dan juga skrin OLED. OnePlus menjanjikan pengalaman seakan peranti mercu melalui OnePlus Nord, tetapi disebabkan peranti ini dijual pada harga yang lebih murah – akan ada pengorbanan yang perlu dilakukan.

Dalam video ujian ketahanan Zack dari JerryRigEverything, ia memperlihatkan yang peranti ini tidak kukuh. Ia mudah dibengkokkan dan skrin mudah pecah selepas kali kedua ia dibengkokkan. Ini adalah kerana peranti ini menggunakan rangka plastik berbanding besi pada peranti OnePlus lain. Ia hanya kelihatan seakan besi kerana kemasan cat yang digunakan.

Jujur saya katakan, semasa mencuba pegang peranti ini – ia langsung tidak rasa murah dan benar-benar rasa premium. Siapa sangka, ia mudah dipatahkan sebegitu sahaja. Tetapi, apakah kebarangkalian anda akan sengaja mematahkan peranti ini? Pada saya, jika anda gunakan seperti biasa dan tidak terduduk atau simpan dalam beg yang padat – ia akan berfungsi dengan baik sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd