Cari @ Amanz

Motorola RAZR 2019 adalah peranti boleh lipat premium dengan spesifikasi peranti kelas pertengahan. Ia dijual pada harga yang sangat mahal, tidak tahan lasak dan memberikan pengalaman penggunaan yang mengecewakan berbanding Samsung Galaxy Z Flip. Tetapi, Motorola dilihat tidak ingin mengalah dan akan teruskan menghasilkan peranti seperti ini.

Baru-baru ini, imej pengolokan Motorola RAZR 5G telah tertiris. Ia memperlihatkan rekaan yang mirip dengan generasi sebelumnya dan menggunakan warna Mercury Silver. Peranti ini dikhabarkan akan menggunakan skrin 6.2-inciFlex View P-OLED skrin melengkung, mungkin juga hadir dengan skrin kedua Quick View G-OLED bersaiz 2.7-inci dan turut dilaporkan akan mempunyai kualiti kamera yang lebih baik. Lensa yang dikatakan adalah 20MP berbanding 5MP sebelum ini dna juga lensa 48MP turut akan tersedia menggantikan lensa 16MP. I

Sebelum ini, peranti ini sudah pun tersenarai dalam laman 3C di China yang mengesahkan kehadiran pengecasan pantas 18W dan bateri 2845mAh. Lain-lain masih lagi menjadi misteri dan hanya akan diketahui tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd