Aplikasi Google Menguji Akses Pintas Kepada Google Lens Pada Bar Carian

Aplikasi Google Menguji Akses Pintas Kepada Google Lens Pada Bar Carian

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Sebentar tadi telah kami laporkan yang Google mula mengimplementasikan Google Lens pada aplikasi papan kekunci mereka, Gboard. Nampaknya kali ini Google amat serius dengan pembangunan Google Lens mereka, kerana terkini – mereka cuba mengimplementasikan terus kepada aplikasi Google pada bahagian bar carian.

Di Malaysia, penggunaan aplikasi yang boleh mengimbas kod QR menjadi semakin popular kerana apabila ingin memasuki ke mana-mana premis perniagaan – kod QR perlu diimbas untuk mengisi butiran peribadi. Jadi implementasi seperti ini dilihat lebih memudahkan dan pengguna tidak perlu memasang aplikasi Google Lens secara berasingan. Implementasi ini sudah ada pada aplikasi Google untuk iOS sudah lama dan kini giliran untuk Android pula.

Walau bagaimanapun, kemaskini ini masih lagi berperingkat dan tidak semua pengguna dapat lihat Google Lens pada bar carian dalam aplikasi Google. Sama-sama nantikan sahaja kemaksini ini tiba ke semua orang.

Muat Turun Aplikasi Google di Google Play Store



TIPS & ULASAN