Cari @ Amanz

Televisyen secara lazimnya digunakan di ruang tamu dengan restoran mamak menjadi pelopor penggunaannya di Malaysia sebagai sistem hiburan pelanggan. Tetapi kini penggunaannya di kedai pakaian, kasut dan pelbagai lagi sudah menjadi sesuatu yang lazim. Di Malaysia Samsung Business TV telah dilancarkan hari ini khusus untuk kegunaan di ruang perniagaan.

Business TV hadir dengan perisian terbina untuk memudahkan pameran serta pengurusan kandungan yang berkaitan perniagaan seperti iklan dan slaid promosi. Kesemuanya dilakukan menggunakan aplikasi khas. Pemilik turut boleh memaparkan iklan perniagaan pada skrin bersama dengan rancangan TV biasa. Televisyen ini juga direka untuk beroperasi selama 16 jam sehari tujuh hari seminggu. Jaminan tiga tahun turut diberikan kepada pemilik.

Di Malaysia Business TV ditawarkan dalam saiz 43″, 50″, 65″ dan 75″ dengan sokongan resolusi 4K UHD. Televisyen pintar ini menggunakan sistem operasi Tizen dan seperti kesemua televisyen terkini Samsung menyokong paparan HDR10+. Di Malaysia harga jualan Samsung Business TV bermula dari RM1,875 untuk skrin 43″ dan meningkat ke RM7,720 untuk skrin 75″.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd