Realme semakin rancak hadir dengan banyak peranti kelas pertengahan dan juga yang menyokong rangkaian 5G. Tetapi banyak model yang diperkenalkan akan terhad di China dan India sahaja, manakala pasaran Malaysia adalah model tertentu sahaja. Terkini, variasi baru Realme telah diperlihatkan iaitu siri V5. Peranti ini dilihat akan menjadi peranti kedua yang dijana MediaTek Dimensity 720 selepas Oppo A72 5G.
Realme V5 disenaraikan dengan skrin 6.5-inci panel IPS LCD, skrin berlubang untuk kamera swafoto 16MP, kamera utama 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan menggunakan bateri 5000mAh bersama-sama dengan sokongan pengecasan pantas 30w. Memori yang ditawarkan dilihat adalah 6/8 GB RAM dengan storan dalaman 128GB.
Laporan dari Gizmochina pula melaporkan yang Realme V5 mungkin akan ada variasi Pro dengan bateri lebih kecil iaitu 4500mAh, tetapi dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Informasi ini diperoleh dari senarai 3C di China yang dilihat menggunakan nombor model RMX2121. Kedua-dua peranti ini juga menggunakan rekaan terkini, yang mana adalah modul kamera segi empat seakan Samsung, Vivo dan banyak lagi.
Sumber: TMall melalui Gizmochina