Cari @ Amanz

Harman Kardon ialah jenama audio terkemuka yang diambil-alih oleh Samsung beberapa tahun yang lalu. Syarikat tersebut yang kini dikenali sebagai Harman International telah mengambil-alih jenama Infinity Systems dan kini dijenamakan sebagai Infinity By Harman.

Dibawah nama Infinity By Harman, jenama tersebut telah memperkenalkan enam buah fon kepala dan empat model pembesar suara Bluetooth.

Siri fon kepala Wynd dan Tranz mempunyai tanda harga permulaan RM59.00 manakala siri pembesar suara Bluetooth Clubz boleh dibeli pada harga RM89.00.

Menurut Harman International, peranti-peranti audio ini akan mula dijual di kedai-kedai elektronik seperti SenQ, Urban Republic, Mac City, Vivid Marketing, All IT dan kedai atas-talian Lazada Tech Mall dan Shopee bermula 6 Ogos kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd