Realme C15 Diperkenalkan Di Indonesia – Dijana Helio G35, Bateri 6000mAh, Skrin 6.5-inci

Realme C15 Diperkenalkan Di Indonesia – Dijana Helio G35, Bateri 6000mAh, Skrin 6.5-inci

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Realme Indonesia telah pun menyenaraikan telefon pintar mampu-milik terbaru mereka, iaitu Realme C15. Telefon pintar ini hadir dengan penawaran spesifikasi asas-pertengahan, dan hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.5-inci HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia adalah bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 18W berasaskan mikro-USB.

Realme C15

Realme C15 menggunakan empat-kamera belakang dengan sensor utama 13-megapixel, lensa 8MP ultra-lebar, 2MP lensa hitam-putih dan 2MP makro. Melengkapkan ia adalah kamera 8-megapixel dihadapan untuk swafoto.

Telefon pintar ini menyertakan bicu audio 3.5mm, selain dijana Android 10 dengan antaramuka Realme UI.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di Indonesia sahaja. Realme Malaysia dijangka membawa masuk telefon pintar ini tidak lama lagi.



Paling Popular