Cat S62 Pro Dilancarkan Dengan Pembaca Suhu Terbina

Cat S62 Pro Dilancarkan Dengan Pembaca Suhu Terbina

Diterbitkan pada July 28, 2020 oleh .

Menjadi lumrah sejak tiga bulan yang lalu untuk membaca suhu badan setiap kali memasuki premis bagi memastikan diri tidak mempunyai simpton Covid-19. Tetapi terdapat banyak premis yang kini menyuruh pengguna “menembak” sendiri suhu di kepala menggunakan pengimbas suhu infra merah. Untuk mereka yang takut untuk menggunakan pengimbas suhu di kedai, Cat S62 Pro adalah untuk anda.

Cat S62 Pro ialah kemas kini kepada Cat S61 yang dilancarkan dua tahun lalu. Ia dilengkapi skrin 5.7″ IPS LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 12 megapixel, kamera hadapan 8 megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Menerusi Quick Charge 4, bateri boleh dicas semula dengan pantas.

Untuk mengimbas suhu, sebuah kamera FLIR Lepton 3.5 diletakkan pada bahagian belakang. Kamera infra merah ini mampu mengambil gambar dan video pada resolusi 1440 x 1080 pixel. Dengan kamera ini, suhu di dalam julat -20 hingga 400 darjah Celsius dapat dibaca oleh peranti,

Kerana peranti Cat direka untuk digunakan di sektor pembinaan dan industri, S62 Pro melepas piawaian kalis air IP68 dan tahan lasak MIL SPEC 810G. Ia telahpun diuji untuk tahan jatuhan ke permukaan logam dari ketinggian 1.8 meter dan tahan gegaran sehingga kategori empat,

Peranti ini turut dilengkapi pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang. Sistem operasi Android 1o digunakan dengan sokongan ke Android 11 apabila ia diberikan kelak. Cat S62 Pro akan mula dijual pada bulan Ogos pada harga $749 (~RM3185) sebuah.



Paling Popular