Nubia RedMagic 5S Kini Rasmi – Snapdragon 865, 16GB RAM, Skrin 144Hz

Nubia RedMagic 5S Kini Rasmi – Snapdragon 865, 16GB RAM, Skrin 144Hz

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

Selepas hadir dengan beberapa poster acah, kini Nubia telah pun melancarkan telefon pintar mercu mereka yang dioptimasikan untuk permua, iaitu Nubia RedMagic 5S.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.65-inci FHD+ AMOLED, dilengkapi kadar segar semula 144Hz, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 865. Nubia menyertakan memori sehingga 16GB RAM bersama-sama telefon pintar ini.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dilengkapi sensor 8MP ultra-lebar, dan 2MP makro. Kamera swafoto pula adalah 8-megapixel.

Nubia RedMagic 5S

Nubia RedMagic 5S ini mmenyertakan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W, selain turut dilengkapi pengimbas cap jari atas skrin, dan bicu audio 3.5mm.

Khusus untuk permua, ia dilengkapi dengan sokongan penyejukkan berefisien tinggi, selain sokongan getaran 4D untuk pengalaman permua yang baik melaluinya. Disamping itu, ia juga turut dilengkapi dengan sokongan Shoulder Trigger Buttons.

Buat masa ini, ia hanyha diumumkan di China sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan memasuki pasaran tempatan.



Paling Popular