Cari @ Amanz

CES (Consumer Electronics Show) merupakan salah satu acara tahunan yang sering melihat pelbagai peranti dan teknologi baru diperkenalkan kepada pengguna – daripada telefon pintar sehinggalah kepada televisyen, peti sejuk dan sebagainya.

Ia sering diadakan pada bulan Januari, dan untuk tahun 2021 akan datang, pihak penganjur CES mengumumkan akan mengadakannya secara atas-talian sepenuhnya. Hal ini mungkin sedia dijangka ramai disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang merisaukan ramai, disamping perlu mengelakkan daripada menghadiri acara atau persidangan yang melibatkan ramai orang.

Walaupun diadakan secara atas-talian, CES 2021 dijangka akan terus memperlihatkan sejumlah teknologi baru yang akan hadir ke pasaran pada tahun hadapan, termasuk melibatkan arena 5G, kecerdasan buatan, swapandu dan sebagainya.

CES 2021 dijangka akan diadakan secara atas-talian pada minggu pertama 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd