Nubia Watch Dilancarkan Dengan Rekaan Muka Jam Melengkung

Nubia Watch Dilancarkan Dengan Rekaan Muka Jam Melengkung

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

Seiring pelancaran Nubia Red Magic 5S, jenama tersebut turut memperkenalkan jam pintar terbaru mereka, Nubia Watch pada acara yang sama. Sekali imbas, rekaan muka jam melengkung padanya kelihatan sama sahaja dengan Nubia Alpha. Namun, reka bentuknya kelihatan sedikit bersegi dan penambahbaikan ciri-ciri menarik turut disertakan padanya.

Nubia Watch menggunakan paparan 4.01-inci OLED 960×192 pixel dengan keseluruhan tubuh yang diperbuat daripada aluminium dan keluli tahan karat 316L. Pemproses digunakan adalah Qualcomm 8909W (WEAR2100) yang digabungkan dengan 1GB RAM, storan 8GB dan bateri 420mAh. Sistem operasi yang digunakan bagaimanapun masih misteri.

Ia juga didatangkan dengan tali jam diperbuat daripada bahan silikon lembut yang selesa untuk kulit. Sebagai pilihan lain, Nubia Watch turut hadir dengan tali jam yang berasaskan kulit Napa yang berkualiti tinggi.

Untuk spesifikasi, jam pintar ini dilengkapi pelbagai fungsi kecergasan dan penjejak kesihatan terbina untuk memudahkan anda memantau segala aktivi kecergasan serta kesihatan dengan mudah. Ia juga hadir dengan sejumlah fungsi lain seperti peringatan cuaca, ciri mencari telefon pintar, kompas dan banyak lagi seperti yang ada sesebuah jam pintar terkini.

 

Selain itu, Nubia Watch juga menyokong fungsi eSim dan pembayaran murah alih, AliPay. Bagi menjadikannya lebih menarik, ia hadir dengan pelbagai pilihan tema dan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, hijau serta Merah. Nubia Watch dijual pada harga RMB 1799 (~RM1,090)



TIPS & ULASAN