Google Stadia Boleh Digunakan Melalui Sambungan Selular Secara Eksperimentasi

Google Stadia Boleh Digunakan Melalui Sambungan Selular Secara Eksperimentasi

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

Perkhidmatan penstriman permainan video Google, Google Stadia telah diperkenalkan sejak tahun lepas, dan ia hadir dengan sejumlah permainan AAA dan indie yang boleh dimainkan tanpa perlu memiliki sebuah komputer desktop yang berkuasa.

Sebelum ini, Google Stadia hanya boleh digerakkan menggunakan sambungan WiFi, tetapi Google baru-baru ini telah memperkenalkan ciri yang membolehkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Stadia ini menggunakan sambungan selular 4G ataupun 5G sahaja.

Melalui laporan 9 To 5 Google, Stadia akan menggunakan data sebanyak 2.7GB setiap jam, manakala pada sambungan WiFi, penstriman 720p setiap jam menggunakan data sebanyak 4.5GB. Jadi ia dijangka bahawa penstriman menggunakan data selular adalah lebih rendah daripada resolusi tersebut.

Ciri ini kini didalam fasa ujian, dan boleh diakses melalui ciri Experiments didalam tetapan perkhidmatan Stadia. Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan boleh dicuba oleh semua pengguna-pengguna Stadia tidak lama lagi.



Paling Popular