Realme adalah pencabar baru dalam industri telefon pintar yang berlumba-lumba hadir dengan pembunuh peranti mercu, peranti kelas pertengahan premium pada harga mampu milik dan juga pelbagai jenis TWS. Jelas di sini yang Realme cuba bersaing dengan jenama seperti Xiaomi dan Redmi.
Terkini, Realme dilihat mungkin akan hadir dengan berus gigi elektrik pula – yang mana sudah banyak model dan variasi yang Xiaomi jual. Berus gigi elektrik Realme ini telah melepasi pengiktirafan TUV Rheinland dengan nombor model RMH2012. Berus gigi elektrik Realme ini mungkin adalah sebahagian produk AiOT mereka yang mana adalah dalam program 1+4+N yang diperkenalkan sebelum ini.
Realme bpoleh dikatakan bijak, yang mana produk yang sepatutnya tidak dikira sebagai peranti berhubung (kerana iOT atau peranti berhubung adalah sentiasa berhubung dengan Internet), dijadikan sebagai produk AiOT yang mana kebanyakan produk mereka termasuk TWS sentiasa berhubung melalui Bluetooth pada aplikasi Realme Link mereka.