Red Magic TWS Gaming Earbuds Juga Dilancarkan Seiring Aksesori Lain Termasuk Pengecas 120W

Red Magic TWS Gaming Earbuds Juga Dilancarkan Seiring Aksesori Lain Termasuk Pengecas 120W

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

Nampaknya Nubia membuat kejutan lagi dengan memperkenalkan beberapa aksesori lain lagi seperti pengecas pantas terbaru, Red Magic Wired Gaming Earphones, Red Magic TWS Gaming Earbuds, Red Magic Wired Gaming Earphones, Red Magic Neckband Gaming Bluetooth Headphones dan Red Magic Wi-Fi 6 Gaming Router

Red Magic GaN Chargers – 120w, 65w & 45W

Nubia memperkenalkan tiga pengecas terbaru iaitu 120W GaN Charger, 65W GaN Charger dan 45W GaN Charger. Antara ketiga-tiga pengecas ini, paling menarik perhatian adalah 120W GaN Charger yang hadir dengan tiga port pengecas dan didakwa 25% lebih berkuasa berbanding 96W Apple Charger.

 Untuk 65W GaN Charger dan 45W GaN Charger pula, kedua-duanya hadir dengan rekaan cukup padat dengan port pengecasan pelbagai. Sama seperti 120W GaN Charger, kedua-dua pengecas ini turut hadir dengan tiga port pengecas yang terdiri daripada port USB-A dan dua port USB-C. Sebagai pilihan, ia juga hadir dengan port pengec tunggal.
Ketiga-tiga pengecas ini boleh digunakan untuk sejumlah peranti mudah alih lain seperti tablet dan juga komputer riba.

Red Magic Wi-Fi 6 Gaming Router

Nubia turut memperkenalkan WiFi 6 yang memfokuskan untuk permainan video. Rekaannya dilihat kompak dengan tubuh berbentuk kiub bersama kekisi pengaliran udara pada bahagian atas. Nampak garang dan ranggi, selari dengan tema permua. Ia juga menyokong CPU berprestasi tinggi dengan penggunaan teknologi OFDMA dan rangkaian MeSH untuk sambungan yang lebih luas. Red Magic Wi-Fi 6 Gaming Router pada harga RMB299 (~RM182). 

Red Magic TWS Gaming Earbuds

Fon telinga ini dilihat mempunyai rekaan yang unik dengan sokongan pada bahagian telinga untuk menjadikannya lebih selesa untuk dipakai. Ia turut hadir dengan pod pengecas yang disertakan dengan sokongan lampu LED. Fokus utama pada fon telinga ini adalah ia disertakan sokongan masa pendam ultra rendah sehingga 39ms untuk pengalaman bermain yang lancar.

Dengan syarat, perlu dipasang pada peranti Nubia Red Magic 5S. Namun, jika ia dipasangkan pada peranti lain, fong telinga ini hanya menyokong masa pendam rendah sehingga 60ms. Selain itu, ia juga menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 20 jam dengan satu pengecasan tunggal. Ia dijual pada harga RMB299 (~RM181)

Red Magic Wired Gaming Earphones & Red Magic Neckband Gaming Bluetooth Headphones

Sebagai pilihan, Nubia juga memperkenalkan fon telinga berwayar, Red Magic Wired Gaming Earphones & Red Magic Neckband Gaming Bluetooth Headphones untuk mereka yang tidak gemar menggunakan TWS.

Red Magic Wired Gaming Earphones hadir dengan rekaan fon telinga berwayar dengan kemasan gabungan warna hitam dan merah. Red Magic Neckband Gaming Bluetooth Headphones pula hadir dengan rekaan fon gelung leher bersama kemasan gabungan warna merah dan kelabu.

Kedua-dua fon telinga ini turut mempunyai sokongan pada bahagian telinga bagi menjadikannya lebih selesa. Sama seperti Red Magic TWS Gaming Earbuds, Red Magic Neckband Gaming Bluetooth Headphones juga hadir dengan sokongan latensi ultra rendah sehingga 39ms (dengan sambungan peranti Red Magic) dan sehingga 90ms (dengan sambungan peranti lain. Red Magic Wired Gaming Earphones dijual pada harga RMB99 (~RM60) dan Red Magic Neckband Gaming Bluetooth Headphones pula berharga RMB399 (~RM242)



TIPS & ULASAN