MIUI adalah sistem operasi dari Xiaomi yang menggunakan iOS sebagai inspirasi dari segi rekaan, ciri dan fungsi. Versi yang terkini adalah MIUI 12 yang mana antara yang paling kemas, unik dan mudah digunakan dalam pengalaman penggunaan peribadi saya.
Terkini, Xiaomi dilihat sedang menguji fungsi Back Tap yang mana adalah sentuh di belakang peranti untuk melancarkan aplikasi tertentu. Fungsi ini sudah pun berada dalam Android 11 dan iOS 14 untuk Pixel dan iPhone. Pada MIUI 12 beta yang Xiaomi sedang uji ini, ia memperlihatkan pilihan dua tap atau tiga tap yang boleh melancarkan kamera, membuat tangkapan skrin, buka lampu suluh dan banyak lagi. Fungsi ini berkemungkinan besar terhad kepada beberapa peranti terpilih sahaja, seperti mana Android 11 dengan Pixel dan iOS 14 untuk iPhone X ke atas (tidak sokong pada iPhone SE).
Dalam ujian ahli XDA pada Redmi Note 7, ia tidak berfungsi. Kemudian pilihan akses pintas juga terhad dan tidak pasti lagi bila Xiaomi akan perkenalkan ciri ini kepada orang ramai.