Acer Malaysia akan tiba dengan acara promosi Acer Day untuk tahun keempat tidak lama lagi. Kebiasaannya, Acer Day ialah acara fizikal dimana Acer Malaysia akan memperkenalkan pelbagai promosi dan diskaun untuk pelbagai produk mereka sepanjang beberapa hari.
Tahun ini, dikala dunia masih dirabak wabak COVID-19, Acer Malaysia telah mengalih acara ini ke platform atas-talian dimana para pelanggan tempatan masih lagi boleh mendapatkan diskaun yang sama tanpa perlu bersesak-sesak.
Acer Day tahun ini akan bermula pada 2 Ogos kelak, hari Ahad ini, sehingga 4 Ogos. Sepanjang tiga hari tersebut, Pada hari pertama, Acer Malaysia akan mengadakan acara penstriman dimana penonton bukan sahaja akan dihiburkan oleh artis-artis tempatan, tetapi juga berpeluang untuk mendapatkan diskaun terhad untuk peranti-peranti Acer.
Acer Malaysia turut bekerjasama dengan Shopee Malaysia sebagai platform rasmi Acer Day ini, dan sepanjang tiga hari tersebut, akan memperkenalkan pelbagai jenis promosi dan permainan menarik untuk mereka yang mengikuti acara ini dengan dekat.
Pada 3 Ogos, 12 tengah malam sehingga 9 pagi, Acer Malaysia juga akan memperkenalkan diskaun sebanyak 83 peratus untuk beberapa produk mereka, seperti papan kekunci gaming, paparan skrin dan juga kerusi gaming Predator pada harga-harga yang sangat menarik.
Selain daripada itu, bermula hari ini (29 Julai) selama lima hari, mereka yang melawat laman web tebusan Acer boleh menerima aksesori Acer secara percuma setiap hari.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, acara Acer Day akan bermula pada 2 Ogos kelak selama tiga hari, dan anda boleh menonton acara penstriman mereka pada hari tersebut di laman Facebook Acer Malaysia.