Anjing Berjaya Dilatih Untuk Menghidu Covid-19

Anjing Berjaya Dilatih Untuk Menghidu Covid-19

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

Anjing ialah kawan baik manusia mengikut bidalan barat. Ia berjaya dilatih untuk menghidu mangsa terperangkap, dadah yang cuba diseludup dan juga kanser. Kini ia telah berjaya pula dilatih untuk menghidu wabak Covid-19.

Kajian yang dilakukan oleh University of Hanover mendapati anjing boleh menghidu sampel Covid-19 selepas dilatih selama seminggu. Sebanyak 1012 sampel air liur dan trakeobronkial yang mengandungi Covid-19 digunakan sepanjang sesi latihan.

Selepas ujian rawak dilakukan, kejayaan anjing untuk mengesan sampel dengan Covid-19 dengan kadar purata 94%. Walaupun kejayaan mengesan tidak 100%, ia adalah keputusan yang baik untuk memudahkan proses saringan pesakit di masa hadapan.



TIPS & ULASAN