Vivo S7 5G Bakal Sokong Snapdragon 765G, 8GB RAM Dan Storan 128GB

Vivo S7 5G Bakal Sokong Snapdragon 765G, 8GB RAM Dan Storan 128GB

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

Vivo dilihat seakan tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan dunia telefon pintar dan kita dapat lihat jenama ini terus menerus memperkenalkan pelbagai model baharu. Paling terkini, vivo dalam perancangan untuk pengenalan Vivo S7 5G yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos ini.

Menjelang pelancaran rasmi, rekaan hadapan Vivo VS7 5G (V2020A) telah diperlihatkan dalam imej sebenar bersama sejumlah spesifikasi utamanya. Ia dilihat membawakan rekaan bertakuk yang agak besar untuk perletakan dwi kamera selfie dengan lensa 44-Megapixel (utama) dan 8-Megapixel (Ultra-lebar).

Imej tertiris turut memperlihatkan peranti ini bakal hadir dengan pemproses Snapdragon 765G, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Sekaligus, ia akan hadir dengan sokongan 5G terbina dan dijangka menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain masih belum diketahui, namun khabar angin mengatakan ia dipercayai hadir dengan skrin AMOLED, kamera utama 64-Megapixel dan bateri 4,500mAh.



TIPS & ULASAN