Cari @ Amanz

Chat Head mula diperkenalkan oleh Facebook untuk perbualan melalui aplikasi Messenger. Ia adalah seakan tetingkap terapung berbentuk bulat yang menggunakan ikon Messenger. Populariti Chat Head ini semakin menjadi-jadi sehingga dalam kod Android ada terbina untuk memberikan pembangun pilihan menggunakannya sebagai notifikasi yang interaktif. Dalam Android 11, penggunaan Chat Head ini diperluaskan dan diberi nama sebagai Bubbles.

Dalam Android 11, Bubbles adalah untuk aplikasi permesejan seperti Google Message atau WhatsApp. Kini, Google dilihat sedang menguji dengan Google Assistant pula. Ia mula diperlihatkan oleh 9to5Google, yang mana dalam kod APK aplikasi Google terdapat pilihan untuk menggunakan Google Assistant dalam bentuk Bubbles.

<string name=”opa_chat_head_dismiss_content_description”>Assistant Chat Head dismissal area</string>

<string name=”opa_chat_head_tutorial”>”Tap to talk to your Assistant.\nDrag to move or dismiss.”</string>

Perkara ini dilihat berada dalam aplikasi beta Google versi 11.21. Google turut dilihat semakin serius ingin orang ramai menggunakan Google Assistant. Sudah ada banyak kaedah diperkenalkan, dari kawalan gestur di sudut bawah, tekan butang home lama-lama, tekan butang kuasa, aplikasi Google Assistant tersendiri, seruan “Hey, Google” dan banyak lagi.

Buat masa ini, masih tidak pasti bagaimana Google akan mengimplementasikan Google Assistant berbentuk Bubble kepada orang ramai. Kerana apabila Bubble ini ditekan, ia hanya membuka antaramuka Google Assistant yang biasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd