Cari @ Amanz

Your Phone adalah aplikasi dari Microsoft untuik pengguna Android mengakses notifikasi, mengawal media, mengurus gambar dan banyak lagi melalui Windows 10. Fungsi kesinambungan ini adalah baik sekali dan merupakan alternatif kepada produk Apple seperti iMessage. Terkini, Google dilihat akan menyertakan fungsi yang lebih kurang sama pada Chrome OS agar memudahkan lagi pengguna Android.

Enable Phone Hub

Provides a UI for users to view information about their Android phone and perform phone-side actions within Chrome OS.

#enable-phone-hub

Sebelum ini, Chrome OS dan Android sudah pun mempunyai fungsi seakan iOS dan macOS seperti sambungan ke hotspot dari telefon ke komputer riba dan membalas mesej. Ujian yang Google sedang lakukan ini adalah untuk fungsi yang diberi nama Phone Hub. Sama sahaja, iaitu fungsi kesinambungan tugasan – tetapi kelak pengguna Android boleh mengawal notifikasi dan terus sambung tugasan yang dilakukan pada telefon Android ke komputer Chrome OS. Fungsi seperti ini turut digelar sebagai pengkomputeran ambien, yang mana apa jua tugasan boleh dilakukan pada sebuah peranti dan tidak bergantung kepada banyak peranti.

Phone Hub Notifications

Phone Hub Notifications Badge

Phone Hub Task Continuation

Phone Hub masih lagi di peringkat awal pembangunan, jadi tidak pasti bila ia akan diperkenalkan dan adakah semua pengguna Android akan dapat menikmatinya atau adakah semua pengguna Chromebook terima? Menurut sumber, apa yang pasti adalah peranti Android dan komputer Chrome OS ini perlu ditambat melalui Bluetooth. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd