Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan pelantikkan CEO kumpulan TM juga Pengarah Urusan yang baru, iaitu Imri Mokhtar.

Imri Mokhtar mempunyai pengalaman selama 24 tahun didalam arena telekomunikasi tempatan dan akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi syarikat didalam beberapa sektor, termasuklah operasi rangkaian, pemangkin digital, informasi teknologi, transformasi perniagaan, pengurusan program, kawalselia, undang-undang, dan fungsi korporat lain.

Sebelum ini beliau telah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sementara di Telekom Malaysia, sebelum beralih ke Celcom sebagai Ketua Pegawai Operasi bermula 1 Mei 2020 lepas.

Namun, kini selepas 2 bulan, nampaknya Imri Mokhtar kembali semula ke Telekom Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd