Vivo Mempatenkan Gelang Tangan Pintar Seakan Mi Band Dengan Pembesar Suara Terbina

Vivo Mempatenkan Gelang Tangan Pintar Seakan Mi Band Dengan Pembesar Suara Terbina

Diterbitkan pada July 29, 2020 oleh .

Vivo baru-baru ini telah hadir dengan telefon pintar kelas pertengahan premium yang menyertakan sistem gimbal. Ia adalah pertama dalam dunia dan jelas di sini, Vivo tidak takut dengan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Terkini, Vivo dilihat telah mempatenkan gelang tangan pintar atau juga mungkin penjejak kesihatan dengan skrin melengkung.

Apa yang menarik di sini bukannya skrin yang melengkung, kerana Nubia telah ada dua produk yang serupa. Tetapi, ia dilihat mempunyai pembesar suara terbina. Rekaan keseluruhan juga dilihat mirip dengan Mi Band dan Realme Band, tetapi lebih unik. Peranti boleh pakai Vivo ini dilihat menggunakan sistem pengecasan USB-A dan tidak menggunakan dermaga atau pengecas tersendiri. Tali jam boleh dibuka bagi mendedahkan USB ini. Ini adalah mirip dengan produk mampu milik yang banyak berada di pasaran, cuma adakah Vivo akan jual produk ini pada harga mampu milik atau premium?

Masih awal lagi untuk tahu, kerana ia hanyalah paten dan paten mungkin hanya idea dan tidak akan menjadi realiti. Harapnya, produk ini tidak akan terkubur dalam arkib produk lain yang telah dipatenkan.



TIPS & ULASAN