Cari @ Amanz

Spotify Kini Mempunyai Lebih 299 Juta Pengguna Aktif

Oleh Aman

Link Copied!

Spotify hari ini telah berkongsi berkaitan penyata kewangan mereka untuk suku tahun yang lepas, dan turut berkongsi berkenaan pengguna aktif mereka.

Terbaru, Spotify mengumumkan mereka mempunyai seramai 299 juta pengguna aktif setiap bulan. Daripadanya, 138 juta pengguna aktif adalah pengguna berbayar, dan selebihnya adalah pengguna percuma.

Secara keseluruhan, angka pengguna Spotify bertambah secara positif sepanjang suku tahun lepas, sekaligus memperlihatkan permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk kandungan berbentuk audio. Spotify sendiri telah mula menambah kandungan berbentuk podcast dalam memastikan pengguna kekal lebih lama pada platform mereka, selain turut telah mengumumkan penambahan Spotify Video untuk podcast.

Bergerak kehadapan, Spotify turut dijangka hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik, dan terus menambah kandungan menarik pada platform mereka secara eksklusif.


Komen ()