Cari @ Amanz

Media Prima hari ini telah mengumumkan penyatuan Media Prima Digital dan Rev Asia dibawah satu organisasi, dinamakan sebagai Rev Media Group. Melaluinya, pelbagai jenama penerbitan digital akan disatukan, dan diuruskan dengan lebih efisien berbanding sebelum ini.

Dengan penyatuan ini, Rev Media Group kini menguruskan pelbagai penerbitan digital, termasuk NST Online, My Metro, BH Online, Mashable SEA, Vocket, SAYS, TechNave dan sebagainya. Rev Media Group mengatakan kini mereka merupakan syarikat media digital nombor satu di Malaysia, mencapai lebih 15 juta orang setiap bulan, iaitu sekitar 75% pengguna internet Malaysia.

Media Prima sebelum ini melalui Media Prima Digital telah mengambil-alih Rev Asia pada 2017 yang lepas. Sejak daripadanya beberapa jenama lain turut telah ditambah dibawah Rev Asia – namun beroperasi secara berasingan. Dengan langkah baru ini, Media Prima menyatukan pelbagai operasi, struktur organisasi, proses perniagaan dan sebagainya dengan lebih baik dibawah Rev Media Group.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd