Anda Kini Boleh Membuat Salinan Pendua Telefon Android Dan iPhone Secara Percuma Di Google One

Anda Kini Boleh Membuat Salinan Pendua Telefon Android Dan iPhone Secara Percuma Di Google One

Diterbitkan pada July 30, 2020 oleh .

Google sedia menawarkan aplikasi Google One sebelum ini yang memudahkan pengguna membuat salinan pendua telefon Android, selain menguruskan storan pada perkhidmatan Google secara berbayar. Menariknya, hari ini Google turut memperkenalkan aplikasi berkenaan secara terbuka untuk semua, dan tidak memerlukan langganan berbayar Google One.

Melalui aplikasi Google One ini, kini pengguna boleh membuat salinan pendua telefon untuk iPhone dan Android secara percuma. Anda tidak memerlukan sebarang langganan bebayar untuk menggunakan ciri ini.

Google One

Google akan menggunakan storan 15GB yang diberikan secara percumma untuk tujuan perkongsian antara GMail, Google Drive, Google Photos dan juga salinan pendua telefon anda.

Buat masa ini, aplikasi Google One telah sedia ditawarkan untuk Android, dan versi iPhone dijangka diperkenalkan dalam beberapa hari lagi.

Muat-Turun Google One untuk Android



TIPS & ULASAN