Cari @ Amanz

MySejahtera merupakan salah satu aplikasi yang digunakan dengan lebih meluas pada era norma baharu ini, dimana pengguna menggunakannya untuk mendaftar masuk ke sesuatu premis perniagaan dengan hanya mengimbas kod QR. Sehingga kini, aplikasi MySejahtera sekadar membolehkan pengguna untuk daftar masuk sahaja, dan tidak boleh melihat log daftar masuk berkenaan – dimana ia terhad untuk diakses oleh pihak berkuasa sahaja.

Namun, hal berkenaan kini berubah melalui kemaskini terbaru aplikasi MySejahtera yang ditawarkan hari ini. Melalui versi 1.0.23, MySejahtera menambah pautan baru dinamakan “Sejarah” atau “History” – sekaligus membolehkan anda melihat rekod daftar masuk lokasi anda.

Bagi pengguna MySejahtera, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang disertakan ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd